11 Mac 2014

MH370....??

*APE2 PON DOAKAN KESELAMATAN MH370...


 (1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia. 
(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak. 
(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa.
 (4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa. 
(5) Hampir kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik. 
(6) Gambar yang ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam takde pula.
 (7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel cakap tak boleh atas sebab keselamatan (security policy).
 (8) Beberapa jam selepas sidang media terakhir itu, The Guardian melaporkan 2 penumpang (warga Austria dan Itali) sebenarnya tidak menaiki pesawat dan mereka telah kehilangan passport di Thailand.
 (9) Bukan ke sepatutnya kumpulan keselamatan di Malaysia investigate rakaman cctv di KLIA terlebih awal, dan verify setiap penumpang (list inspection) sewaktu menghubungi ahli keluarga (well boleh call embassies juga untuk verify). Kenapa The Guardian yang dapat tahu dulu ye? Ke memang kita tak buat security check yang teliti? 
(10) Since rakyat dah tahu ada dua penumpang pakai passport curi, sekarang takde pula update berita terbaru tentang isu ni. Selalunya kalau emergency, sampai esok pun berita ada update tak berhenti. At least keluarkan rakaman cctv dua suspek yang menggunakan passport curi itu. Tak tahu la kalau KLIA takde cctv atau pasukan keselamatan kita tidak cekap untuk investigate bab cctv ni. Footage rakaman cctv kapal terbang berlepas pun tak boleh tunjuk? Hmmm entah.
 (11) Sepanjang berita pasal MH370 ni, kita banyak tengok footage media dalam bilik berita, sidang media dan kat airport je. Korang tak perasan ke kalau kes bencana macam ni media akan ikut pasukan keselamatan ambil footage atas helikopter ke, kapal laut ke, interview ketua pasukan pencari dan penyelamat atas kapal ke, kat jeti ke.
 (12) Dalam salah satu sidang media juga panel ade jawab bahawa Malaysia mencari di perairan Malaysia dan Vietnam mencari di perairan Vietnam, tapi kalau korang tengok laut di selatan Ca Mao itu juga bersempadan dengan Thailand. Jadi perairan Thailand Gulf siapa yang cari? Thailand tak umumkan pun nak join aktiviti mencari. 
(13) Awalnya angkatan tentera Vietnam bagi laporan pada media kapal terhempas di laut selatan Ca Mao, tapi Malaysia nafikan dan panel sidang media sendiri cakap authoriti Vietnam (means Kerajaan Vietnam) tidak mengesahkan berita itu. Kerajaan Vietnam dengan Tentera Vietnam ni ade krisis ke? Pelik kan. 
(14) Kemudian pasukan tentera Vietnam cakap jumpa dua tompok tumpahan minyak di laut selatan Ca Mao, tapi peliknya takde footage video rakaman tumpahan minyak itu juga. Yang ada hanya gambar itupun bukan gambar rasmi daripada media Vietnam. Dalam hal kecemasan begini selalunya media mesti sibuk ikut pasukan keselamatan rakam video kerana merekalah mata rakyat agar menjadi bukti betapa realnya bencana yang menimpa. 
(15) Laporan berita akhir tengah malam tadi, pastu sampai sekarang 4.50 pagi tiada update, well selalunya kalau bencana macam ini bilik berita tidak akan berehat.
 (16) Temuramah dengan seorang pakar penerbangan (bekas juruterbang MAS) yang juga merupakan kawan kepada juruterbang senior dalam pesawat yang terlibat nampak cool, begitu juga seorang panel dalam sidang media petang semalam (siap makan gula-gula).
 (17) Kita duk dengar negara itu hantar kapal, negara ini hantar jet, tapi footage media (video) kapal-kapal tu takde pon. Dan lebih pelik Thailand dan Brunei tidak turut serta dalam usaha mencari pesawat. Singapore, Vietnam, US dan Filipina yang lebih jauh join.
 (18) Sampel tumpahan minyak di Vietnam dikatakan sedang diuji, sampai sekarang takde news update. Hmm macam tak emergency.
 (19) Cerita di laut Vietnam belum habis tapi Malaysia dah umumkan usaha mencari diperluas ke Selat Melaka. Wow. Thailand Gulf yang dekat dengan Selatan Ca Mao tu tak nak carik ke?
 (20) Go watch more news on airplane crashes worldwide then try to compare. Our news mostly kat bilik berita, sidang media dan airport. 
(21) Media keep repeating (emphasizing) from late afternoon to night two things which are mereka tidak dibernarkan masuk ke dalam bilik ahli keluarga menunggu dan jangan percayakan spekulasi. I also wonder kenapa susah sangat nak dapat rakaman interview ahli keluarga mangsa sedangkan ia dianggap risiko bencana. 
(22) Ahli keluarga co-pilot pun tak nak ditemuramah. Kenapa semua orang tutup mulut eh? Selalu anak hilang dalam hutan beberapa jam mak ayah gerenti dah nangis-nangis keluar media kan?
 (23) You try la analyse all the news. The subjects, the contents, the presentations, the faces on the news, etc.
 (24) I just want to share with you that all these questions are bewildering and they make "sel-sel otak tidak dapat berhubung". Some can be relevant and some can be not, and it depends how different our "sel-sel otak berhubung". 
(25) Don't get me wrong, I didn't say it is a conspiracy or what not, I just wonder about all these weird news because I watched them all and still waiting the updates because I do care like all of you do. Wallahua'lam.

SUMBER : MR KOYA 
LEBIH LANJUT??? : DI SINI

PEDANG PALING TAJAM....



Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?



Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.






Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.



Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.



Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.

5 Mac 2014

Gempar! Al-Quran di buang merata-rata,termasuk tandas (kejadian di Kg. Limbungan Terengganu)-lihat gambar

Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini.

Kejadian itu disedari berlaku oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang melakukan rondaan kali kedua di situ jam 2.30 pagi apabila ternampak al-Quran berselerak di tangga masjid sebelum rondaan pertama jam 1 pagi di kawasan itu tidak menemui sebarang perlakuan mencurigakan.

Lebih mengejutkan, jemaah yang datang untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi turut menemui kitab suci itu bersepah di lantai masjid dan dalam tandas.(lihat gambar)




juga lihat video yang dirakam cctv :-

3 Mac 2014

GEMPARRRR!!!!!..............


Whatsapp skrg sudah terlalu crowded dgn berjuta juta pengguna....

Oleh itu whatsapp baru akan di lancarkan X lama lagi di KELANTAN yang akan memberi maklumat lebih tepat, cepat, jimat, ada sound effect, dan jelas Iaitu....WHATGAPO!
Kalau DI TRENGGANU, Mat Said akan melancarkan WHATNaper?! tak lama lagi. Tunggu. .....
Kalau di Pahang, Adenan akan melancarkan WHATMENDE..

Check it out

Johor pn akan lancar jugak.... 
WHAKLUU!!...Hua...hua..

Women...heavy sixsix (orang puang..berat 66)

*kalau bab gosip atas pokok pun jadi....hehe..

Perompak yang paling gagal atas muka bumi.....

kah...kah..kahhhhh

1 Mac 2014

Alamak!!.. tak lepas laa...

*sian En. Lembu nk lompat penghadang jalan tapi x lepas....huhu

DEMI MASA.....


Rider..Konvoi paling best....(Konvoi ulat bulu di Afrika Selatan)

Konvoi yang luar biasa ini adalah jejak 136 ulat bulu kecil berangkat ke semak-semak.  Adegan ini ditangkap oleh Jamie Rooney, ketika kenderaannya tersadai sementara konvoi sepanjang 5m (17 kaki)  menyeberangi jalan di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Serangga-serangga halus yang dihubungkan oleh satu benang sutera nipis tunggal di tanah yang menetapkan jalan keluar ke semak-semak, di mana mereka akhirnya akan berubah menjadi kupu-kupu. Mereka mengambil sekitar 20 minit untuk menyeberangi jalan dengan selamat.

"Ini adalah suatu pemandangan yang aneh dan  luar biasa," kata lelaki berusia 38 tahun itu dari High Wycombe. "Kami keluar untuk melihat lebih dekat dan sebanyak 136 ulat, semua bergerak bersama-sama di trek.
 "Penunjuk arah (guide) kami belum pernah melihat itu sebelumnya tapi dia sudah mendengar tentang hal itu dan menjelaskan bahawa mereka berhijrah ke dalam semak-semak, di mana mereka akan bubar dan berubah menjadi chrysalises."

"Ianya seperti penghijrahan beramai-ramai haiwan besar seperti rusa kutub tetapi pada skala dan kelajuan yang berbeza."

Lihatlah keunikan alam ciptaan Allah S.w.t ini.  Serangga-serangga pun pandai memberi contoh kerjasama dan muafakat,  tetapi kenapa manusia sekarang ini semakin mahu bermusuh-musuhan dan berperang sesama sendiri?  Nampaknya serangga lebih bijak dari manusia yang sebegitu. Ulat bulu / beluncas sekarang ini bukan hanya pandai naik daun, tetapi pandai juga membuat konvoi,  subhanAllah .......

Permulaan jin dihalang dari mencuri berita langit

 
Terdapat suatu riwayat yang mengemukakan bahawa Rasulullah S.a.w tidak pernah membacakan kepada jin Al-Quran dan tidak pernah melihat mereka. Ketika Rasulullah S.a.w bersama rombongan sahabat menuju ke Pasar Ukkazh, setibanya baginda di Tuhamah, Rasulullah S.a.w dan rombongan berhenti untuk mendirikan sembahyang Subuh.

Perkara ini menyebabkan berita-berita langit yang dicuri oleh syaitan terhalang, malahan mereka mendapat lemparan bintang-bintang sehingga terpaksa pulang ke kaumnya. Setibanya ia di tempat kaumnya, syaitan itu pun ditanya, "Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?"  Mereka menjawab, "Kami terhalang untuk mendapatkan berita dari langit. Bahkan kami dikejar oleh bintang-bintang." Kaumnya berkata, "Kita tidak mungkin terhalang dari berita langit. Tentu ada sebabnya. Bertebaran lah kalian ke Timur dan Barat dan carilah sebab kepada penghalangan ini."

Maka bertebaranlah mereka ke Timur dan Barat sehingga sebahagian daripada mereka pun tiba di Tuhamah tempat Rasulullah S.a.w berhenti untuk sembahyang Subuh. Mereka mendengar bacaan Rasul serta memerhatikannya, lalu berkata; "Demi Allah, ini lah yang menghalang kita untuk mendapatkan berita dari langit."
 
Kemudian mereka pun pulang ke kaum mereka dan menyampaikan berita tersebut sambil mengagumi Al-Quran yang membawa mereka ke jalan penuh hidayah Allah, sehingga mereka beriman. Maka turunlah ayat ini  - Surah Al-Jin : ayat 1 -, sebagai pemberitahuan kepada Nabi Muhammad S.a.w untuk diceritakan kepada umatnya tentang kejadian tersebut.  
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan at-Tirmidzi dan yang lainnya dari Ibnu Abbas]


Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Nabi S.a.w membaca al-Quran di tengah kebun kurma, turunlah jin di antaranya bernama Zaibaah untuk mendengar serta mengingatkan kawan-kawannya untuk memerhatikan bacaan Rasulullah. Maka penurunan ayat - Surah Al-Ahqaaf : 29 - 31 - adalah untuk menceritakan peristiwa tersebut.

[Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Mas'ud]
Sahl bin Abdillah bertemu dengan jin yang bertemu dengan Isa a.s dan Muhammad S.a.w
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Sahl bin Abdillah berada di tempat tinggalan negara 'Aad, dia terlihat kesan sebuah kota yang di tengahnya terdapat sebuah gedung batu terukir yang dihuni oleh jin. Dia pun masuk ke dalam gedung itu, dan di dalamnya terdapat seorang lelaki yang tinggi besar sedang sembahyang menghadap kiblat.
Dia memakai jubah yang dibuat dari bulu yang sangat indah. Dia mengagumi bentuk tubuh orang itu yang tinggi besar, akan tetapi dia lebih mengagumi keindahan jubahnya. 
Kemudian dia pun memberi salam kepadanya. Lalu lelaki itu menjawab salamnya dan berkata, "Hai Sahl, sesungguhnya badan itu tidak merosakkan pakaian tetapi yang merosakkan pakaian adalah bau dosa dan makanan yang haram. Jubah yang aku pakai ini berusia tujuh ratus tahun dan dalam jangka waktu itu aku bertemu dengan Isa dan Muhammad (alaihimas salam). Aku beriman kepada keduanya."
Maka berkatalah Sahl, "Siapakah tuan?" Lelaki itu menjawab, "Aku termasuk di antara yang disebutkan dalam ayat ; .. قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ  "  [Surah Al-Jin : 1] 
[Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Jauzi dalam kitab Shafwatus Shafwan dengan sanadnya dari Sahl bin Abdillah] [1]
Tambahan dari kitab Tafsir Ibnu Katsir
Sufyan berkata, "Sebahagian jin desak-mendesak dengan sebahagian yang lain." Demikian yang diriwayatkan sendiri oleh Imam Ahmad. Dan akan kami kemukakan juga sebuah riwayat dari Ibnu Jarir dari Ikrimah, dari Ibnu 'Abbas, bahawa jin-jin itu berjumlah tujuh jin, dari Nashibain (ada juga riwayat yang mengatakan sembilan jin).
 
Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Ibnu 'Abbas r.a , ia berkata; "Apabila jin-jin itu mendengar wahyu, mereka menambah satu kalimah dengan sepuluh kalinya, maka apa yang mereka dengar itu memang benar, sedangkan yang mereka tambahkan itu suatu kebathilan. Sebelum itu bintang-bintang itu tidak dilemparkan kepada mereka. Setelah Rasulullah S.a.w diutus, maka salah satu dari jin itu tidak mendatangi tempat duduknya melainkan dilempari dengan meteor-meteor yang dapat membakar bahagian yang dikenainya. Kemudian mereka melaporkan kejadian itu kepada Iblis. Iblis berkata; "Hal ini tidak lain hanya kerana sesuatu yang terjadi." Kemudian Iblis itu mengirimkan pasukannya hingga akhirnya sampai kepada Nabi S.a.w yang sedang mengerjakan solat di antara dua gunung Nakhlah. Kemudian mereka mendatangi beliau, lalu memberitahu hal itu kepada Iblis. Iblis pun berkata; "Inilah kejadian yang terjadi di Bumi."
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan an-Nasa-i dalam kitab Tafsir dan Sunan mereka dari hadits Israil. At-Tirmidzi mengatakan, "Hadits ini Hasan Shahih." Demikian pula yang disampaikan oleh Hasan Al-Basri, bahawa Rasulullah S.a.w tidak menyedari tentang perkara mereka, kecuali setelah Allah Ta'ala menurunkan kepada beliau wahyu.
Al-Hafidz Abu Bakar Al-Baihaqi meriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a, ia berkata, "Rasulullah S.a.w membaca Surah Ar-Rahman sampai khatam, lalu beliau bersabda; "Mengapa kulihat kalian diam saja? Jin mempunyai jawapan yang lebih baik dari kalian. Aku tidak membacakan ayat berikut ini - فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  (Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?) -  sekalipun kepada mereka, melainkan mereka akan mengatakan; "Dan tidak ada suatu pun dari nikmatMu yang kami dustakan. Segala puji hanya bagiMu."  Demikian pula diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dalam bab Tafsir, dan dia mengatakan, "Hadits ini Gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadits al-Walid dari Zuhair."  [2]

Tempat Rasulullah S.a.w dan para sahabat sembahyang Subuh dan didengari oleh jin itulah yang kemudiannya didirikan masjid yang diberi nama Masjid Al-Jin atau Al-Bai’ah, yang terletak 1.5 km sebelah utara Masjidil Haram.  Wallahu a'lam .......