24 Ogo 2015
12 Ogo 2015
TIANG AJAIB! TIANG/PILAR BESI INDIA
Tiang ini terletak di halaman Masjid Al-Quwwatul, Delhi. Tiang setinggi 7.21meter (21kaki) ini mempuyai diameter 41cm dan tertanam di dalam tanah sedalam 93cm. Beratnya pula sudah tentulah lebih berat daripada seekor labi-labi kira-kira 6.7tan.Kalau jual kat besi buruk boleh dapat (RM0.50 x 6700kg) RM3350.00. (belum tolak tambang lori)
Apa yang ajaib? mestilah korang tertanya-tanya apa yang ajaibnya.. ermm.. sebenarnya aku ingat tiang ni dibawak oleh geng-geng autobots dari planet cybertron rupa-rupanya ingatan aku memang tersasar.
*3 orang Pelawat dari Kashmir utara sedang melakukan aksi 'HENSHIN" |
Ada juga yang berpendapat tiang ini dapat memberikan mereka kuasa untuk menjadi Kamen Rider(Gambar).Sebenarnya tiang ini telah terpacak kat sini selama 1700 tahun. Dianggarkan tiang ini telah berada disini sejak dari tahun 375M. Lama tu..dan sampai sekarang tak berkarat-karat.Kereta aku baru beli tahun lepas dah berkarat.tak percaya tengok gambar.
Kalau korang nak tahu selanjutnya baca sendiri kat wiki ye! Malas aku nk citer panjang-panjang.Peace YO..
KUTSUKAMU$$-kalau kat m'sia kita ni dah lama kena rembat dengan mat-mat gian.huhuhu
11 Ogo 2015
10 Tanda Saing-Saing Anda Bela Hantu...
Anda ada saing godong bela ayam?Itik?Tapir?Semut? Tu semua perkara biasa.. yang tak biasanya kalau bela hantu terutama hantu yang tiap hari raya iaitu HANTU RAYAAA..kee..keee..keee..keee... kalau nak tahu ni tanda-tandanya..
Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.
Antara tanda-tandnya ialah :
1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.
Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.
-mingguan warta perdana
KUTSUKAMULAH
Tanda ke - 11 : Kerap kencing anda (yang ni bukan bela hantu dia sendiri hantu...huhuhu)
10 Ogo 2015
Gosip Ke Ngumpat tu...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Gossip
dalam dunia artis sudah zaman berzaman sebati dengan penduduk negara
kita. Dan agaknya masih ramai yang tidak mengetahui makna perkataan
"gossip" itu.
Jika kita rujuk kamus, gossip antara maknanya ialah "berceloteh, bisik-bisik, mengumpat…" . Dan jika kita lihat kepada gossip-gossip yang dilemparkan terhadap artis atau sesiapa sahaja yang diletakkan atas nama gossip, biasanya bukan mengatakan perkara yang baik-baik, malah sebaliknya.

Kalau sebelum ini gossip biasanya boleh dibaca dalam majalah-majalah
hiburan, akhbar, radio dan television, tetapi dengan perkembangan dunia
IT sekarang, gossip sudah mula menular melalui handphone dan internet. Yang melalui handphone lagi haru, siap ada servis melanggan gossip artis "yang berbayar". Semata-mata untuk mendapatkan gossip-gossip hangat yang terbaru, is is is.
Mengapa kita perlu mendidik masyarakat dengan gossip? Mengapa kita
perlu menghebohkan keburukan-keburukan peribadi orang lain? Adakah artis
itu bukan manusia? Adakah artis dan sesiapa sahaja yang digossipkan itu
tidak mempunyai maruah, hati dan perasaan? Bagaimana jika "Tukang Gossip"
sendiri yang kena, apa perasaannya? Adakah semata-mata kerana kita mahu
ikut style Hollywood? Kerana gossip-gossip tentang artis ini bermula
dari sana dan semakin menular ke seluruh dunia hasil dari ajaran mereka.
Kalaulah gossip itu sentiasa bercakap hal-hal yang elok dan membina
tentang orang yang digossip, itu lain cerita. Ini biasanya akan
diperkatakan tentang hal-hal yang tidak elok dan menjatuhkan maruah
seseorang. Adakah ini caranya kita mendidik masyarakat kita? Perkara ini
mesti difikir-fikirkan dan dipertimbangkan semula. Budaya gossip /
mengumpat semakin berleluasa melalui media-media massa dan ini secara
tidak sedar mengajar masyarakat kita menjadi manusia yang suka mengumpat
dan memperkatakan keburukan orang lain, na’uzubillah.
Lebih teruk lagi jika gossip tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan sesama Muslim. "Tidak akan masuk Syurga orang yang suka mengadu domba." [Shahih Muslim, 105]
"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu'min dan mu'minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata." [Surah Al-Ahzaab : 58]

Ada perkara yang kita boleh sebarkan / mengumpat yang dibolehkan
dan beritahu orang lain demi kesejahteraan bersama. Tetapi menyebar
sembarangan cerita-cerita buruk dan aib tentang peribadi orang lain
(yang bukan dilakukan terang-terang di hadapan khalayak umum), tidak
akan membawa kesejahteraan sebenarnya, malah semakin membawa kerosakan
dan huru-hara. Generasi muda juga akan terdidik dengan keadaan
sedemikian. Makin rosak lah akhlak, na'udzu billah.
Muadz ibnu Jabal r.a, suatu ketika pernah datang menghadap Nabi S.a.w dan bertanya bagaimana agar dia dapat menyucikan niatnya dan meraih keselamatan. Nabi S.a.w menjawab demikian, "Ikutilah aku, meskipun kamu mungkin gagal dalam usaha mencapainya. Wahai Muadz, jagalah lidahmu dari memfitnah teman-temanmu… carilah kesalahan pada dirimu sendiri, dan bukannya kepada orang lain, jangan membenarkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain, jangan pula memuji-muji diri sendiri di depan orang lain. Janganlah suka memburuk-burukkan sifat-sifat orang lain sehingga pada hari kiamat nanti anjing-anjing neraka akan memburuk-burukkan kamu sehingga hancur berkeping-keping." [HR Muslim]

Wallahu a'lam ....... :-)
I'm Back.. and back.. and back.. pah cerossss..
SALAM CERIA DAN SALAM SYAWAL...raya lagi ke?? untuk sesapa yang raya lagi lerr.. yang dah abis raya duk diam-diam, sambil tengok citer otroman taro, harap semua sihat dan ceria disamping munyet masing..huhu, jadi kesimpulannya I harap artikel (artikel ke ni??) dapat mengaktifkan saya kembali dalam arena blog memblog ni.. Hamba harap lampu utraman menyala kembali setelah cas setahun.. bateri kedai eco rm2.12..Arghhh!! apa kau merepek ni labuuu... apa-apa pun idup utraman mebius... iduppp...( Gambar kat atas tu sekadar hiasan tak melibatkan mana-mana pihak, err..yang ko terasa tu apasal, aku yang masak ko yang..err..err.. ko yang makan?? KUTSUKAMU lah...)
Langgan:
Catatan (Atom)