Terdapat suatu riwayat yang mengemukakan bahawa Rasulullah S.a.w tidak
pernah membacakan kepada jin Al-Quran dan tidak pernah melihat mereka.
Ketika Rasulullah S.a.w bersama rombongan sahabat menuju ke Pasar
Ukkazh, setibanya baginda di Tuhamah, Rasulullah S.a.w dan rombongan berhenti untuk mendirikan sembahyang Subuh.
Perkara ini menyebabkan berita-berita langit yang dicuri oleh syaitan terhalang,
malahan mereka mendapat lemparan bintang-bintang sehingga terpaksa
pulang ke kaumnya. Setibanya ia di tempat kaumnya, syaitan itu pun
ditanya, "Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?" Mereka menjawab,
"Kami terhalang untuk mendapatkan berita dari langit. Bahkan kami
dikejar oleh bintang-bintang." Kaumnya berkata, "Kita tidak mungkin
terhalang dari berita langit. Tentu ada sebabnya. Bertebaran lah kalian
ke Timur dan Barat dan carilah sebab kepada penghalangan ini."
Maka bertebaranlah mereka ke Timur dan Barat sehingga sebahagian
daripada mereka pun tiba di Tuhamah tempat Rasulullah S.a.w berhenti
untuk sembahyang Subuh. Mereka mendengar bacaan Rasul serta
memerhatikannya, lalu berkata; "Demi Allah, ini lah yang menghalang kita
untuk mendapatkan berita dari langit."
Kemudian mereka pun pulang ke kaum mereka dan menyampaikan berita
tersebut sambil mengagumi Al-Quran yang membawa mereka ke jalan penuh
hidayah Allah, sehingga mereka beriman. Maka turunlah ayat ini - Surah
Al-Jin : ayat 1 -, sebagai pemberitahuan kepada Nabi Muhammad S.a.w
untuk diceritakan kepada umatnya tentang kejadian tersebut.
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan at-Tirmidzi dan yang lainnya dari Ibnu Abbas]
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Nabi S.a.w membaca al-Quran di tengah kebun kurma, turunlah jin di antaranya bernama Zaibaah untuk mendengar serta mengingatkan kawan-kawannya untuk memerhatikan bacaan Rasulullah. Maka penurunan ayat - Surah Al-Ahqaaf : 29 - 31 - adalah untuk menceritakan peristiwa tersebut.
[Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Mas'ud]
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Nabi S.a.w membaca al-Quran di tengah kebun kurma, turunlah jin di antaranya bernama Zaibaah untuk mendengar serta mengingatkan kawan-kawannya untuk memerhatikan bacaan Rasulullah. Maka penurunan ayat - Surah Al-Ahqaaf : 29 - 31 - adalah untuk menceritakan peristiwa tersebut.
[Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Mas'ud]
Sahl bin Abdillah bertemu dengan jin yang bertemu dengan Isa a.s dan Muhammad S.a.w
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Sahl bin Abdillah berada
di tempat tinggalan negara 'Aad, dia terlihat kesan sebuah kota yang di
tengahnya terdapat sebuah gedung batu terukir yang dihuni oleh jin. Dia
pun masuk ke dalam gedung itu, dan di dalamnya terdapat seorang lelaki
yang tinggi besar sedang sembahyang menghadap kiblat.
Dia memakai jubah yang dibuat dari bulu yang sangat indah. Dia mengagumi
bentuk tubuh orang itu yang tinggi besar, akan tetapi dia lebih
mengagumi keindahan jubahnya.
Kemudian dia pun memberi salam kepadanya. Lalu lelaki itu menjawab salamnya dan berkata, "Hai
Sahl, sesungguhnya badan itu tidak merosakkan pakaian tetapi yang
merosakkan pakaian adalah bau dosa dan makanan yang haram. Jubah yang
aku pakai ini berusia tujuh ratus tahun dan dalam jangka waktu itu aku
bertemu dengan Isa dan Muhammad (alaihimas salam). Aku beriman kepada
keduanya."
Maka berkatalah Sahl, "Siapakah tuan?" Lelaki itu menjawab, "Aku termasuk di antara yang disebutkan dalam ayat ; .. قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ " [Surah Al-Jin : 1]
[Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Jauzi dalam kitab Shafwatus Shafwan dengan sanadnya dari Sahl bin Abdillah] [1]
Tambahan dari kitab Tafsir Ibnu Katsir
Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Ibnu 'Abbas r.a , ia berkata; "Apabila
jin-jin itu mendengar wahyu, mereka menambah satu kalimah dengan
sepuluh kalinya, maka apa yang mereka dengar itu memang benar, sedangkan
yang mereka tambahkan itu suatu kebathilan. Sebelum itu bintang-bintang
itu tidak dilemparkan kepada mereka. Setelah Rasulullah S.a.w diutus,
maka salah satu dari jin itu tidak mendatangi tempat duduknya melainkan
dilempari dengan meteor-meteor yang dapat membakar bahagian yang
dikenainya. Kemudian mereka melaporkan kejadian itu kepada Iblis. Iblis
berkata; "Hal ini tidak lain hanya kerana sesuatu yang terjadi."
Kemudian Iblis itu mengirimkan pasukannya hingga akhirnya sampai kepada
Nabi S.a.w yang sedang mengerjakan solat di antara dua gunung Nakhlah.
Kemudian mereka mendatangi beliau, lalu memberitahu hal itu kepada
Iblis. Iblis pun berkata; "Inilah kejadian yang terjadi di Bumi."
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan an-Nasa-i dalam
kitab Tafsir dan Sunan mereka dari hadits Israil. At-Tirmidzi
mengatakan, "Hadits ini Hasan Shahih." Demikian pula yang disampaikan
oleh Hasan Al-Basri, bahawa Rasulullah S.a.w tidak menyedari tentang
perkara mereka, kecuali setelah Allah Ta'ala menurunkan kepada beliau
wahyu.
Al-Hafidz Abu Bakar Al-Baihaqi meriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a, ia berkata, "Rasulullah S.a.w membaca Surah Ar-Rahman sampai khatam,
lalu beliau bersabda; "Mengapa kulihat kalian diam saja? Jin mempunyai
jawapan yang lebih baik dari kalian. Aku tidak membacakan ayat berikut
ini - فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?) - sekalipun
kepada mereka, melainkan mereka akan mengatakan; "Dan tidak ada suatu
pun dari nikmatMu yang kami dustakan. Segala puji hanya bagiMu."
Demikian pula diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dalam bab Tafsir, dan dia
mengatakan, "Hadits ini Gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari
hadits al-Walid dari Zuhair." [2]
Tempat Rasulullah S.a.w dan para sahabat sembahyang Subuh dan didengari oleh jin itulah yang kemudiannya didirikan masjid yang diberi nama Masjid Al-Jin atau Al-Bai’ah, yang terletak 1.5 km sebelah utara Masjidil Haram. Wallahu a'lam .......
Sumber : unikversiti.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan