SHAH ALAM – Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa
besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak
mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan
dan petunjuk negara tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti
Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia
sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh
negara kuasa besar tersebut.
“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya
benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian
ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan
kehilangan MH370 kepada Malaysia.
“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan
maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi
dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan
menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan
oleh kuasa besar tersebut.
“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara
kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana
itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui
apa-apa,” katanya.
Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan
sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba
mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media
asing kini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan