28 Feb 2014
Ucapan-Ucapan Lawak Samy Vellu
1. Komentar beliau tentang kecekapan perkhidmatan Pos Laju,
"Besok kirim, hari ini sampai!"
2. Dalam satu temubual televisyen, ketika beliau cuba mengekspresikan rasa malu beliau,
"Ini perkara yang sangat-sangat memalukan dan kemaluan saya sangatlah besar."
3. Kata Samy Vellu dalam satu ceramah beliau, "Kita akan bina satu
jambatan untuk orang-orang kampung di sini." Kemudian seorang pak cik
membalas, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan dengan
bangga Abam Samy menjawab, "Kalau takde sungai, kita bina sungai!"
4. Ucapan Abam Samy paling femes dalam berita televisyen,
"Tol naik sikit, banyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punyakah?"
5. Komentar beliau mengenai masalah sosial,
"Worang-worang muda sekarang banyak hisap dada.."
6. Komentar beliau ketika masalah bekalan air,
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr."
7. Ketika program derma darah di Sungai Siput,
"Marilah kita semua menderma dara.."
8. Kata-kata aluan dalam kebanyakan majlis dihadiri beliau,
"Selamat datang saudara-mara semua" (sepatutnya saudara saudari)
9. Ketika panas tentang isu Al-Arqam,
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam."
10. Dalam satu majlis perasmian,
"Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-mara, sesudah semua worang makan
kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz (komentar saya: keh keh keh) naik ke pentas untuk membuka kain." (Yang sebenarnya beliau ingin cakap menarik tirai untuk merasmikan majlis)
11. Ketika Pilihanraya,
" Worang PAS selalu kafir sama worang, saya pun dia kafirkan."
12. Ketika menjawab soalan wartawan berkaitan dengan tanah runtuh di Sungai Siput,
"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la!"
Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut
Di
antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi
Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala
tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal
ini dan hadis Nabi menerangkannya.
Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube).
Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran
Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir
zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak
berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada
10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. A
Apa beza dengan umat
Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura
malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran
al-Quran selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan
daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati
Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari
apa yang kamu puasa ini?’
Jawab Yahudi: ‘Hari ini
hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta
menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura
sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW :
‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa
dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada
Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta
jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie,
Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di
atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam
syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur
asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam
secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as
yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun
tiada bukti saintifik.
LAKARAN artis
menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan
sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut
Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan
kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam
kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh
sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat
Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak
bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran
menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan
tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di
antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan
mereka.
Kumpulan saintis itu
yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut
terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai
Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu
cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan
simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut
berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali
sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama
12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu
membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan
komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin
yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
Planet yang memiliki 3 buah matahari..
Sejumlah ahliastronomi berjaya
mengesan sebuah planet di luar sistem suria kita yang memiliki tiga
matahari, bukan satu, dalam sebuah penemuan yang bertentangan dengan
teori para astronomi mengenai formasi planet.
Planet itu, sebuah kumpulan gas raksasa yang sedikit lebih besar daripada planet Jupiter, mengorbit bintang utama dari sistem tiga bintang yang dikenal sebagai HD-188753 dalam konstelasi Cygnus (Angsa).
Planet itu, sebuah kumpulan gas raksasa yang sedikit lebih besar daripada planet Jupiter, mengorbit bintang utama dari sistem tiga bintang yang dikenal sebagai HD-188753 dalam konstelasi Cygnus (Angsa).
Ketiga-tiga
matahari dan planetnya itu berjarak sekitar 149 tahun cahaya dari Bumi,
dan antara satu dan yang lain terletak pada jarak lebihkurang sama
dengan jarak dari matahari kita ke ke planet Saturn, kata pakar-pakar
astronomi AS dalam laporannya pada edisi terkini majalah Nature.
Satu tahun cahaya sama dengan sekitar 10 trillion kilometer, jarak yang ditempuhi cahaya dalam masa satu tahun.
"Jika
anda berdiri di permukaan planet itu, anda akan melihat tiga matahari
di angkasa, namun orbitnya terpusat di sekitar bintang utama kuning di
antara ketiga bintang itu. Bintang yang besar dari dua matahari lain
berwarna oren, sedang yang kecil berwarna merah," kata para astronomi di
Institut Teknologi California dalam sebuah pernyataan.
Gambaran imaginasi pelukis mengenai planet dan ketiga bintangnya itu yang dilihat dari sebuah bulan hipotesis.
26 Feb 2014
25 Feb 2014
23 Feb 2014
Cicit Keturunan Rasulullah s.a.w (4 Gambar) .. Subhanallah......
Adakah anda ingat lagi apakah gelaran
Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah
R.A? Tak ingat...mungkin? Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar
Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih
kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang atas?
Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi
yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit
Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf
Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w
melalui Sayyidina Husain.
Cara Pembayaran BR1M 3.0 2014 Jika Tidak Ada Nombor Akaun Bank
Penjelasan pembayaran BR1M 3.0 tahun 2014 jika individu yang tiada
nombor akaun bank. Bagi pemohon yang tidak mengemaskini akaun bank atau
tidak mempunyai nombor akaun, pemohon akan menerima duit Brim secara
serahan terus secara berperingkat-peringkat dari 23 Februari 2014 hingga
15 Mac 2014. Manakala individu yang mempunyai akaun bank akan menerima
pembayaran terus ke akaun penerima pada 22 Februari 2014.
Kaedah Terima BR1M 3.0 Bagi Tiada Nombor Akaun
Tarikh: 23 Februari 2014 hingga 15 Mac 2014
Format Pembayaran: Menerusi Baucar atau Wang Tunai
Lokasi: Pada satu tarikh yang akan diumumkan bergantung kepada kawasan anda seperti pengagihan Brim yang sebelumnya.
20 Feb 2014
19 Feb 2014
Semakan BR1M..... (iklan)...
Semak Status BR1M Anda
Sebagaimana yang kita tahu, pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.o bagi tahun 2014 akan bermula pada 22 Februari 2014. Ia adalah untuk mereka yang mempunyai akaun bank dan telah kemaskininya menerusi laman online BR1M.Selain itu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu membuat semakan keputusan BR1M 3.0. Untuk pengetahuan anda, tiada laman online untuk membuat semakan keputusan BR1M3.0. Tetapi anda boleh ikuti beberapa langkah dibawah:
Kaedah 1 – Talian Hotline BR1M 3.0 2014:
- Pemohon boleh hubungi talian hotline BR1M 3.0 2014 di 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Kaedah 2 – Emel BR1M 3.0 2014:
- Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emelbr1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan menerusi email.
- Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.
17 Feb 2014
13 Feb 2014
11 Feb 2014
10 Feb 2014
7 Feb 2014
Pemberitahuan....
period percubaan telah tamat... mulai malam ini ambe nk buat pembaharuan dalam blog ambe... oleh kerana ni blog ambe kutsuka ati ambe lah.... ambe brasa nok publish novel plak... tajuk jap agi ambe pikir,,,,
HuhAAAhuhaaaHu
HuhAAAhuhaaaHu
Langgan:
Catatan (Atom)