Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube).
Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran
Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir
zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak
berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada
10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. A
Apa beza dengan umat
Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura
malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran
al-Quran selain puasa?
Imam Muslim meriwayatkan
daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati
Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari
apa yang kamu puasa ini?’
Jawab Yahudi: ‘Hari ini
hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta
menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura
sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW :
‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa
dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada
Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta
jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie,
Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di
atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam
syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur
asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam
secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as
yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun
tiada bukti saintifik.
LAKARAN artis
menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan
sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut
Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan
kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam
kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh
sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat
Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak
bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran
menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan
tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di
antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan
mereka.
Kumpulan saintis itu
yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut
terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai
Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu
cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan
simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut
berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali
sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama
12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu
membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan
komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin
yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan