*Gambar Hiasan |
Apabila
Tuhan memerintahkan semua malaikat sujud kepada Adam a.s. semua
malaikat bersujud kecuali Iblis. Selesai sujud, malaikat bangun dan
terperanjat dengan tindakan iblis yg tak menyesal atas keengganan dan
langsung tidak rasa bersalah. Kemudian Tuhan menyuruh utk kali ke-2
semua malaikat bersujud kpd Adam a.s. Malangnya iblis tetap enggan,
bongkak dan tidak rasa bersalah malah sombong.
Setelah
malaikat bangun dari bersujud, mrk lihat tubuh iblis ditukar oleh Allah
kepada bentuk babi yg hina, busuk, kotor lagi menjijikkan berbanding
sebelum ini yg tampan, bersayap, cantik, kemas, wangi, bersinar-sinar,
banyak ilmu, kuat beribadah, ibarat burung merak, menjadi penghulu
diantara malaikat .
Lalu Jibril dan Mikail menangis sambil berkata kpd Tuhan "Wahai tuhanku, kami takut tidak terlepas daripada tipudayaMu".
Pengajaran: Iblis dilaknat sebab
1. Tidak rasa bersalah buat dosa
2. Enggan ikut perintah Tuhan
3. Sombong dengan kejadiannya yg hebat
4. Enggan bertaubat walaupun buat salah kali ke-2
5. Rasa putus asa dari rahmat Tuhan
Diceritakan, setiap
setelah 100ribu tahun iblis diseksa dalam neraka, Tuhan temukan dia
dengan Nabi Adam a.s. lalu disuruh sujud kepadanya. Tetapi iblis tetap
enggan sujud. Lalu disambung seksaannya dengan ditambah 70 kali ganda
lebih berat siksaannya.
Sedangkan Nabi
Adam a.s. apabila sedar telah langgar perintah Tuhan, baginda bertaubat
sambil menangis selama 40 tahun. Penyesalan dan tawadhuk hinggalah Tuhan
ampunkan dosa baginda.
Kita bagaimana? Brp
bnyk dosa yg kta buat seharian? Adakah kita menyesal? Adakah kita ulangi
lagi dosa itu? Semaklah diri sendiri agar tidak menyerupai perangai
iblis.
Imam Ghazali kata "Setiap maksiat yg berpunca dari sifat sombong dan bongkak, tidak ada harapan utk diampuni."
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan