11 Ogo 2014

Xiaomi Mi3, Harga Berbaloi Telefon Power

Bercakap tentang Xiaomi,bagi yang ingin atau baru mencuba Mi3 ternyata bertuah. Jangan terkejut kerana ia akanbenar-benar mengubah persepsi anda terhadap  produk China.
Bahagian dalam Mi3 lebih menarik minat saya. Sejarah Xiaomi bermula dengan penghasilan sistem operasi MiUi yang berasakan Android. Mi3 juga tidak terkecuali. Ia dijana oleh MiUi versi-5 yang berasaskan Android 4.3 JellyBean. MiUi adalah satu antaramuka yang kelihatan bersih dan mudah. Tetapi ia dilengkapi dengan bermacam penetapan agar pengguna mempunyai kawalan lebih pada peranti.
UI


MiUi tidak mempunyai apps drawer, sebaliknya semua aplikasi diletak terus di antaramuka utama bersama widget. Android mempunyai fungsi memadamkan semua aplikasi yang beroperasi di belakang, dengan menekan lama butang menu. MiUi menambahnya dengan kebolehan memilih beberapa aplikasi yang pengguna mahu terus beroperasi di belakang, dan membuang aplikasi lain.
Lock skrin MiUi juga ditambah beberapa fungsi. Jika skrin belum di’unlock’, menekan lama pada butang HOME akan menghidupkan lampu LED di belakang. Manakala dua ‘tap’ pada lock skrin pula akan membawa ke menu kawalan lagu. Jika terdapat sms yang baru, menekan tengah skrin akan menunjukkan isi sms yang belum dibaca.
Perkara yang paling menarik pada MiUi, ialah kemudahan menukar seluruh rupa menggunakan Themes. MiUi mempunyai kedai themes sendiri, yang mana ia memiliki beratus themes berlainan yang boleh dipilih mengikut citarasa sendiri. Setiap themes membawakan lock skrin, ataramuka utama dan panggilan serta ikon tersendiri yang berlainan. Xiaomi juga tidak ketinggalan mengeluarkan themes berasaskan negara dan akan menghasilkan themes khusus bertema Malaysia.

Antaramuka panggilan MiUi kelihatan sama seperti Android biasa. Tetapi ia mempunyai fungsi tambahan. Semasa panggilan dibuat, pengguna boleh memilih untuk menaip nota dan merekodkan perbualan di dalam format MP3.
Aplikasi Messaging MiUi juga kelihatan biasa sahaja. Tetapi ia mempunyai fungsi untuk menetapkan mesej penting sentiasa di atas dengan pilihan pin. Paling utama, MiUi mempunyai fungsi ‘Private Messaging’, membolehkan pengguna menyimpan mesej sensitif pada bahagian dalam dan meletakkan katalaluan. Piih contact yang diinginkan ke dalam ‘Private Messaging’ dan letakkan katalaluan. ‘Private Messaging’ ini boleh diakses dengan menarik ke bawah di antaramuka Messaging beberapa kali.






Ciri Selamat

MiUi menambah fungsi keselamatan, dengan pakej aplikasi sekuritinya. Aplikasi Data Usage membolehkan pengguna mengawal kuota data mengikut aplikasi. Setiap aplikasi boleh dikawal kebenarannya menggunakan data samada Wifi atau Mobile. Setiap statistik penggunaan data boleh dilihat pada setiap aplikasi.
Aplikasi Permission pula mengawal kebenaran aplikasi untuk menggunakan perkakasan peranti. Membuat dan menerima panggilan, membaca senarai pemanggil, mengesan lokasi, dan bermacam lagi, setiap satunya boleh dikawal mengikut aplikasi. Aplikasi juga boleh dihalang dari terus menjalankan operasi setiap kali telefon dihidupkan.
Aplikasi Power pula membantu pengguna mengawal penggunaan bateri untuk memastikan jangka hayat yang lebih. Ia memberi jangkaan bertahan bateri juga masa untuk bateri dicas penuh semasa mengecas. Selain itu, penguna boleh menetapkan fungsi yang boleh digunakan jika bateri mencapai tahap tertentu, agar bateri boleh bertahan lebih lama hanya dengan fungsi asas terpilih. Fungsi ini boleh diaktifkan secara automatik jika ditetapkan pada aras peratusan bateri. Ia juga boleh ditetapkan mengikut masa, seperti mod lelap ketika waktu tidur kita. Manakala antaramuka bateri boleh dipilih antara bergambar, bernombor, atau hanya garis hijau sahaja.
Aplikasi Cleaner membantu membersihkan dan membuang data yang tidak digunakan lagi, terutama sekali iklan dan cache.
MiUi mempunyai aplikasi Backup sendiri. Pengguna boleh membuat backup dan menyimpannya di tempat lain, seperti di dalam laptop. Backup ini boleh digunakan jika peranti pengguna bermasalah kemudiannya. Semua tetapan dan fungsi boleh dikembalikan jika backup dibuat.
Pengguna juga diberi pilihan untuk menyimpan data di storan awan. Xiaomi menyediakan MiCloud untuk pengguna peranti Xiaomi. Pengguna boleh menyimpan buku alamat, gambar, sms juga tetapan wifi. Jika fungsi ‘Find My Device’ diaktifkan, pengguna boleh mengunci, mencari atau membuang semua data di dalam peranti menggunakan pelayar web sahaja. Semua ini boleh diakses dari alamat http://i.mi.com
Kamera
Fungsi yang menjadi keutamaan bagi Xiaomi dalam menghasilkan Mi3, ialah kamera. Selain menggunakan sensor BSI Sony 13MP, Xiaomi juga melengkapkannya dengan perisian yang berkuasa. Pada pilihan biasa kamera Xiaomi, pengguna boleh menggunakan mod Panorama, Filter dan juga mod HDR untuk menghasilkan gambar dengan warna yang menawan. Fungsi Audio menjadikan kamera boleh menangkap gambar dari jarak jauh dengan hanya menghasilkan bunyi yang kuat. Perisian Kamera ini juga dilengkapi dengan pembaca kod QR automatik. Jika ia mengesan kod-QR, secara automatik akan membaca dan memberi maknanya. Manakala mod Advance membolehkan pengguna mengawal pembukaan dan white-balance serta beberapa fungsi biasa SLR yang lain.
Tidak ketinggalan, kamera hadapan juga mendapat fungsi istimewa. Kamera hadapan Mi3 dilengkapi kebolehan mengesan jantina dan umur, seterusnya ia akan memberi filter bersesuaian untuk menjadikan gambar kelihatan lebih cantik. Ini sangat memudahkan penggemar selfie agar boleh terus memuat naik ke laman sosial tanpa perlu membuat pengubahsuaian lagi.

Body

Badan Mi3 diperbuat dari aloi Aluminium-Magnesium, menjadikannya tahan lasak tetapi ringan, hanya seberat 145g. Malah dengan lapisan terma-grafit yang menyeliputinya, ia membuatkannya selesa di pegang, tanpa rasa akan tergelincir dari genggaman seperti HTC One M8. Mi3 berukuran 144mm x 73.6mm, dengan ketebalan hanya 8.1mm. Badan Mi3 pula tidak boleh dibuka, menjadikan baterinya yang berkapasiti 3050mAH tidak boleh ditukar.
Skrin Mi3 sebesar 5-inci menggunakan teknologi IPS, menjadikan ia boleh dilihat sehingga sudut 178°. Skrin IPS juga lebih mudah kelihatan di bawah sinaran matahari, tidak seperti skrin AMOLED yang digunakan Samsung. Skrin 5-inci ini dipadatkan dengan resolusi setinggi 1920×1080 piksel HD penuh, memberikannya 441 piksel pada setiap inci.
Mi3 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 800AB 4-teras dengan kelajuan 2.3GHz beserta GPU Adreno 330. Ia disertakan dengan RAM DDR3 2GB dan memori dalaman 16GB. Malangnya tiada memori luaran boleh ditambah pada Mi3 ini. Tetapi dengan spesifikasi sebegini, Mi3 dengan mudah mencapai markah 36000 pada benchmark Antutu, meninggalkan Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8 yang berharga hampir 3 kali lebih mahal, di belakang.
Rangkaian data yang disokong Mi3 hanya sehingga HSPA+ 42Mbps, bermakna tiada capaian 4G LTE pada Mi3. Tetapi ia lengkap dengan sambungan tanpa wayar yang lain seperti NFC, Bluetooth 4.0 dan juga GPS+Glonass beserta AGPS. Ia juga dilengkapi dengan sensor giroskop, cahaya, pecutan, jarak, kompas elektronik dan barometer.
Bagi harga RM889, ternyata Xiaomi Mi3 sangat berbaloi. Hari ini saja dalam tempoh 17 minit sebanyak 5,000 habis dijual. Untuk membelinya, tunggu tarikh baru atau periksa telco anda.

Blog : Daun Pisang..

1 ulasan: