Banyak faedahnya kan!kan! |
19 Ogo 2014
15 Ogo 2014
12 Ogo 2014
SEBAB IBLIS DILAKNAT
*Gambar Hiasan |
Apabila
Tuhan memerintahkan semua malaikat sujud kepada Adam a.s. semua
malaikat bersujud kecuali Iblis. Selesai sujud, malaikat bangun dan
terperanjat dengan tindakan iblis yg tak menyesal atas keengganan dan
langsung tidak rasa bersalah. Kemudian Tuhan menyuruh utk kali ke-2
semua malaikat bersujud kpd Adam a.s. Malangnya iblis tetap enggan,
bongkak dan tidak rasa bersalah malah sombong.
Setelah
malaikat bangun dari bersujud, mrk lihat tubuh iblis ditukar oleh Allah
kepada bentuk babi yg hina, busuk, kotor lagi menjijikkan berbanding
sebelum ini yg tampan, bersayap, cantik, kemas, wangi, bersinar-sinar,
banyak ilmu, kuat beribadah, ibarat burung merak, menjadi penghulu
diantara malaikat .
Lalu Jibril dan Mikail menangis sambil berkata kpd Tuhan "Wahai tuhanku, kami takut tidak terlepas daripada tipudayaMu".
Pengajaran: Iblis dilaknat sebab
1. Tidak rasa bersalah buat dosa
2. Enggan ikut perintah Tuhan
3. Sombong dengan kejadiannya yg hebat
4. Enggan bertaubat walaupun buat salah kali ke-2
5. Rasa putus asa dari rahmat Tuhan
Diceritakan, setiap
setelah 100ribu tahun iblis diseksa dalam neraka, Tuhan temukan dia
dengan Nabi Adam a.s. lalu disuruh sujud kepadanya. Tetapi iblis tetap
enggan sujud. Lalu disambung seksaannya dengan ditambah 70 kali ganda
lebih berat siksaannya.
Sedangkan Nabi
Adam a.s. apabila sedar telah langgar perintah Tuhan, baginda bertaubat
sambil menangis selama 40 tahun. Penyesalan dan tawadhuk hinggalah Tuhan
ampunkan dosa baginda.
Kita bagaimana? Brp
bnyk dosa yg kta buat seharian? Adakah kita menyesal? Adakah kita ulangi
lagi dosa itu? Semaklah diri sendiri agar tidak menyerupai perangai
iblis.
Imam Ghazali kata "Setiap maksiat yg berpunca dari sifat sombong dan bongkak, tidak ada harapan utk diampuni."
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
11 Ogo 2014
Xiaomi Mi3, Harga Berbaloi Telefon Power
Bercakap tentang Xiaomi,bagi yang ingin atau baru mencuba Mi3 ternyata
bertuah. Jangan terkejut kerana ia akanbenar-benar mengubah persepsi anda terhadap produk
China.
Bahagian dalam Mi3 lebih menarik minat saya. Sejarah Xiaomi bermula dengan penghasilan sistem operasi MiUi yang berasakan Android. Mi3 juga tidak terkecuali. Ia dijana oleh MiUi versi-5 yang berasaskan Android 4.3 JellyBean. MiUi adalah satu antaramuka yang kelihatan bersih dan mudah. Tetapi ia dilengkapi dengan bermacam penetapan agar pengguna mempunyai kawalan lebih pada peranti.
UI
MiUi tidak mempunyai apps drawer, sebaliknya semua aplikasi diletak terus di antaramuka utama bersama widget. Android mempunyai fungsi memadamkan semua aplikasi yang beroperasi di belakang, dengan menekan lama butang menu. MiUi menambahnya dengan kebolehan memilih beberapa aplikasi yang pengguna mahu terus beroperasi di belakang, dan membuang aplikasi lain.
Lock skrin MiUi juga ditambah beberapa fungsi. Jika skrin belum di’unlock’, menekan lama pada butang HOME akan menghidupkan lampu LED di belakang. Manakala dua ‘tap’ pada lock skrin pula akan membawa ke menu kawalan lagu. Jika terdapat sms yang baru, menekan tengah skrin akan menunjukkan isi sms yang belum dibaca.
Perkara yang paling menarik pada MiUi, ialah kemudahan menukar seluruh rupa menggunakan Themes. MiUi mempunyai kedai themes sendiri, yang mana ia memiliki beratus themes berlainan yang boleh dipilih mengikut citarasa sendiri. Setiap themes membawakan lock skrin, ataramuka utama dan panggilan serta ikon tersendiri yang berlainan. Xiaomi juga tidak ketinggalan mengeluarkan themes berasaskan negara dan akan menghasilkan themes khusus bertema Malaysia.
Antaramuka panggilan MiUi kelihatan sama seperti Android biasa. Tetapi ia mempunyai fungsi tambahan. Semasa panggilan dibuat, pengguna boleh memilih untuk menaip nota dan merekodkan perbualan di dalam format MP3.
Aplikasi Messaging MiUi juga kelihatan biasa sahaja. Tetapi ia mempunyai fungsi untuk menetapkan mesej penting sentiasa di atas dengan pilihan pin. Paling utama, MiUi mempunyai fungsi ‘Private Messaging’, membolehkan pengguna menyimpan mesej sensitif pada bahagian dalam dan meletakkan katalaluan. Piih contact yang diinginkan ke dalam ‘Private Messaging’ dan letakkan katalaluan. ‘Private Messaging’ ini boleh diakses dengan menarik ke bawah di antaramuka Messaging beberapa kali.
Ciri Selamat
MiUi menambah fungsi keselamatan, dengan pakej aplikasi sekuritinya. Aplikasi Data Usage membolehkan pengguna mengawal kuota data mengikut aplikasi. Setiap aplikasi boleh dikawal kebenarannya menggunakan data samada Wifi atau Mobile. Setiap statistik penggunaan data boleh dilihat pada setiap aplikasi.
Aplikasi Permission pula mengawal kebenaran aplikasi untuk menggunakan perkakasan peranti. Membuat dan menerima panggilan, membaca senarai pemanggil, mengesan lokasi, dan bermacam lagi, setiap satunya boleh dikawal mengikut aplikasi. Aplikasi juga boleh dihalang dari terus menjalankan operasi setiap kali telefon dihidupkan.
Aplikasi Power pula membantu pengguna mengawal penggunaan bateri untuk memastikan jangka hayat yang lebih. Ia memberi jangkaan bertahan bateri juga masa untuk bateri dicas penuh semasa mengecas. Selain itu, penguna boleh menetapkan fungsi yang boleh digunakan jika bateri mencapai tahap tertentu, agar bateri boleh bertahan lebih lama hanya dengan fungsi asas terpilih. Fungsi ini boleh diaktifkan secara automatik jika ditetapkan pada aras peratusan bateri. Ia juga boleh ditetapkan mengikut masa, seperti mod lelap ketika waktu tidur kita. Manakala antaramuka bateri boleh dipilih antara bergambar, bernombor, atau hanya garis hijau sahaja.
Aplikasi Cleaner membantu membersihkan dan membuang data yang tidak digunakan lagi, terutama sekali iklan dan cache.
MiUi mempunyai aplikasi Backup sendiri. Pengguna boleh membuat backup dan menyimpannya di tempat lain, seperti di dalam laptop. Backup ini boleh digunakan jika peranti pengguna bermasalah kemudiannya. Semua tetapan dan fungsi boleh dikembalikan jika backup dibuat.
Pengguna juga diberi pilihan untuk menyimpan data di storan awan. Xiaomi menyediakan MiCloud untuk pengguna peranti Xiaomi. Pengguna boleh menyimpan buku alamat, gambar, sms juga tetapan wifi. Jika fungsi ‘Find My Device’ diaktifkan, pengguna boleh mengunci, mencari atau membuang semua data di dalam peranti menggunakan pelayar web sahaja. Semua ini boleh diakses dari alamat http://i.mi.com
Kamera
Fungsi yang menjadi keutamaan bagi Xiaomi dalam menghasilkan Mi3, ialah kamera. Selain menggunakan sensor BSI Sony 13MP, Xiaomi juga melengkapkannya dengan perisian yang berkuasa. Pada pilihan biasa kamera Xiaomi, pengguna boleh menggunakan mod Panorama, Filter dan juga mod HDR untuk menghasilkan gambar dengan warna yang menawan. Fungsi Audio menjadikan kamera boleh menangkap gambar dari jarak jauh dengan hanya menghasilkan bunyi yang kuat. Perisian Kamera ini juga dilengkapi dengan pembaca kod QR automatik. Jika ia mengesan kod-QR, secara automatik akan membaca dan memberi maknanya. Manakala mod Advance membolehkan pengguna mengawal pembukaan dan white-balance serta beberapa fungsi biasa SLR yang lain.
Tidak ketinggalan, kamera hadapan juga mendapat fungsi istimewa. Kamera hadapan Mi3 dilengkapi kebolehan mengesan jantina dan umur, seterusnya ia akan memberi filter bersesuaian untuk menjadikan gambar kelihatan lebih cantik. Ini sangat memudahkan penggemar selfie agar boleh terus memuat naik ke laman sosial tanpa perlu membuat pengubahsuaian lagi.
Body
Badan Mi3 diperbuat dari aloi Aluminium-Magnesium, menjadikannya tahan lasak tetapi ringan, hanya seberat 145g. Malah dengan lapisan terma-grafit yang menyeliputinya, ia membuatkannya selesa di pegang, tanpa rasa akan tergelincir dari genggaman seperti HTC One M8. Mi3 berukuran 144mm x 73.6mm, dengan ketebalan hanya 8.1mm. Badan Mi3 pula tidak boleh dibuka, menjadikan baterinya yang berkapasiti 3050mAH tidak boleh ditukar.
Skrin Mi3 sebesar 5-inci menggunakan teknologi IPS, menjadikan ia boleh dilihat sehingga sudut 178°. Skrin IPS juga lebih mudah kelihatan di bawah sinaran matahari, tidak seperti skrin AMOLED yang digunakan Samsung. Skrin 5-inci ini dipadatkan dengan resolusi setinggi 1920×1080 piksel HD penuh, memberikannya 441 piksel pada setiap inci.
Mi3 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 800AB 4-teras dengan kelajuan 2.3GHz beserta GPU Adreno 330. Ia disertakan dengan RAM DDR3 2GB dan memori dalaman 16GB. Malangnya tiada memori luaran boleh ditambah pada Mi3 ini. Tetapi dengan spesifikasi sebegini, Mi3 dengan mudah mencapai markah 36000 pada benchmark Antutu, meninggalkan Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8 yang berharga hampir 3 kali lebih mahal, di belakang.
Rangkaian data yang disokong Mi3 hanya sehingga HSPA+ 42Mbps, bermakna tiada capaian 4G LTE pada Mi3. Tetapi ia lengkap dengan sambungan tanpa wayar yang lain seperti NFC, Bluetooth 4.0 dan juga GPS+Glonass beserta AGPS. Ia juga dilengkapi dengan sensor giroskop, cahaya, pecutan, jarak, kompas elektronik dan barometer.
Bagi harga RM889, ternyata Xiaomi Mi3 sangat berbaloi. Hari ini saja dalam tempoh 17 minit sebanyak 5,000 habis dijual. Untuk membelinya, tunggu tarikh baru atau periksa telco anda.
Blog : Daun Pisang..

10 Ogo 2014
Ramai rakyat Amerika pilih namakan anak mereka ‘Malaysia’
Tahukah anda, sepanjang tahun lalu ramai rakyat Amerika yang menamakan anak mereka ‘Malaysia’?
Bukan usikan nakal, tetapi sememangnya nama ‘Malaysia’ mengungguli carta 500 nama bayi perempuan paling popular di Amerika.
Menurut satu artikel yang dikeluarkan oleh Swimmingly.com, nama Malaysia adalah pilihan tertinggi dalam memberi inspirasi kepada ibu bapa rakyat Amerika untuk menamakan anak mereka.
Data yang dikumpul daripada Pihak Berkuasa Sekuriti Sosial Amerika Syarikat itu memperlihatkan, 630 bayi perempuan diberi nama Malaysia, mengatasi Kenya, Trinidad, China, India dan Australia.
Justeru, apakah yang menyebabkan pemilihan nama Malaysia ini menjadi kegilaan rakyat Amerika?
Selain daripada sebutan yang berirama, ada kemungkinan ia adalah pengaruh nama seorang selebriti realiti TV yang juga isteri kepada pemain NBA Amerika Syarikat, Malaysia Pargo. – ABN News
Peluang lihat hujan meteor Isnin hingga Rabu
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan pancuran Meteor Perseid dan Fenomena 'Supermoon' pada Isnin hingga Rabu depan.
Kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyebut pada minggu kedua Ogos, bulan purnama paling besar dan terang dalam tahun ini yang berlaku serentak dengan pancuran Meteor Perseid bakal menyajikan pemandangan menarik di langit.
Pancuran Meteor Perseid terjadi apabila komet Swift Tuttle mengunjungi sistem suria setiap 133 tahun dan meninggalkan debu di sepanjang laluannya.
Komet Swift Tuttle akan menerjah atmosfera bumi pada kelajuan 225,300 kilometer sejam dan menghasilkan percikan cahaya di langit.
Menurut kenyataan itu, waktu terbaik menyaksikan pancuran Meteor Perseid ialah selepas tengah malam hingga Subuh dan menghadap ke arah timur laut.
Pancuran Meteor Perseid mampu menghasilkan banyak bebola api yang memiliki kecerahan seperti Planet Musytari atau Zuhrah.
Ketika keadaan langit gelap dan bebas daripada sinaran bulan, pencerap biasanya dapat menyaksikan lebih daripada 100 meteor sejam.
Kenyataan itu juga menyebyt, Fenomena Supermoon pula berlaku apabila bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi iaitu 14 peratus lebih hampir dan 30 peratus lebih terang berbanding malam lain.
Bulan akan berada pada jarak 356,896 kilometer jam 1.46 pagi manakala fasa bulan purnama berlaku jam 2.09 pagi Isnin depan. - Bernama
Arkeologi temui 'hard disk' berusia 5500 tahun
Sebelum ditemukannya flash disk atau flash drive, banyak orang yang menyimpan datanya mula menggunakan disket sampai dengan ' membakar ' di Compact Disc ( CD) .
Namun, seiring dengan perkembangan zaman, maka peranti portable dengan bahan kuat dan mampu menampung banyak data diciptakan, contohnya cakera keras atau hard drive ( HDD ) dan juga flash disk.
Akan tetapi , seperti yang dimuat dalam Daily Mail ( 15/10 ), menurut kajian, kaedah penyimpanan data yang sekarang digunakan oleh peranti - peranti elektronik mudah alih tersebut sudah ada sejak sekitar 5,500 tahun lalu.
Hal tersebut dibuktikan dengan ditemukannya , bola - bola berlubang pada bahagian tengahnya yang berisikan cetakan-cetakan lain dengan berbagai bentuk serta terdapat pula goresan-goresan kod tengahnya.
Bola-bola tersebut ditemukan di Choga Mish , Iran. Tempat ini dianggarkan pada 5,500 tahun lalu adalah merupakan salah satu bahagian dari Mesopotamia .
Christopher Woods, seorang profesor dari University of Chicago Oriental Institute, mengatakan bahawa bola-bola dari tanah liat tersebut dapat dikatakan sebagai cikal bakal pemikiran manusia akan tempat penyimpanan data mudah alih.
Untuk mengetahui segala hal dan menelitinya , para arkeologi menggunakan CT Scan dan pemodelan 3D. Menurut para penyelidik, kemungkinan cetakan- cetakan yang disimpan di dalam bola tersebut merupakan hasil dari transaksi atau jual-beli .
Sampai sekarang, selain ingin terus meneliti berkaitan bola dan juga mengartikan cetakan- cetakan yang ada di dalamnya tersebut .
Sumer : http://realitiabadi.blogspot.com/2013/10/arkeologi-temui-hard-disk-berusia-5500.html
8 Ogo 2014
SALAM IDULFITRI...(I'M BACK..!!)
Salam Idul Fitri kepada semua muslim.. Genap 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran.. Di kesempatan ini saya pohon seribu kemaafan andaikata secara sedar mahupun tidak telah saya lakukan samada melalui artikel, pos - pos mahupun komen - komen, Hampir 4 bulan saya tidak menerbitkan pos terbaru.. Baru malam ini semangat yang hampir luntur ini tergerak untuk mengaktifkan semula blog.
Kepada semua pelawat maafkan saya jika bosan dengan pos - pos lama... apa pon "kutsukamu@blogspot" akan terus aktif.. Insya Allah.. Melangkaui Batas - batas Kejujuran..?
Kepada semua pelawat maafkan saya jika bosan dengan pos - pos lama... apa pon "kutsukamu@blogspot" akan terus aktif.. Insya Allah.. Melangkaui Batas - batas Kejujuran..?
17 Apr 2014
16 Apr 2014
Gua Kristal Tercantik... Iceland
Gua luar biasa ini terjadi daripada ais dinyalakan oleh cahaya matahari di taman alam semulajadi di Iceland.
Terjadi
dengan tindakan tudung ais Vatnajokull di selatan pulau gunung berapi,
Gua Kristal biru gelap ini telah dibentuk oleh glasier memenuhi
persisiran pantai.
Ais berabad lama telah datang dari lereng Gunung Oaefajokull
yang setinggi 6,921 kaki, gunung berapi aktif tertinggi di Iceland,
telah memampat semua udara dari ais menambah tekstur dan warna gua.
Diakses melalui pintu masuk
sebesar 22 kaki di pantai di Skaftafell National Park, gua itu semakin
sempit pada hujungnya tidak lebih daripada 4 kaki tinggi.
Jurugambar Orvar Thorgeirsson,
35, yang menangkap imej-imej ini berkata: "Ais biru seperti yang
berwarna biru gelap ini berlaku sejak ratusan tahun dan bermula apabila
salji mudah jatuh kepada ais atau dalam kes ini glasier."
"Salji melekat pada ais dan mempunyai buih-buih udara yang dipaksa keluar semasa pergerakan glasier atau transit ais."
"Kemudian salji ini membeku menjadi hablur ais dan menjadi lebih jelas."
"Ais menjadi warna biru seperti
air di bawah laut. Ia adalah tentang cahaya yang diserap melalui
hidrogen dalam air dan merupakan satu perkara yang indah."
15 Apr 2014
Amalan Sihir Adalah Satu Dosa Besar Yang Di Kutuk Oleh Allah SWT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Amalan sihir adalah amalan syaitan yang boleh mendatangkan dosa besar disisi Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda “Jauhilah diri kamu daripada tujuh (7) dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:” Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah SWT. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin kafir dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut.
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai ilmu sihir. Ilmu sihir ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin kafir atau hantu (syaitan) bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu (syaitan) tersebut dikenali sebagai berikut :
Hantu Bungkus : Boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu. (Jin akan menyerupai wajah perempuan tersebut)
Polong : Bagi menghisap darah mangsa.
Jembalang (hantu raya) : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyangnya atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR :
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.
Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa jenis sihir yang diamalkan oleh masyarakat melayu di nusantara.
1. PATUNG.
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut (dengan izin Allah)
2. SANTAU.
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.
3. TELUR LAYANG (TUJU-TUJU)
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut .(dengan izin Allah).
4. TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam Jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
5. SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. Perbuatan ini biasanya dilakukan terhadap orang yang disukai.
Sihir cinta termasuk dalam sihir yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Sihir cinta kadang-kadang lebih menyayat hati – dia cantik tetapi tiada siapa yang ingin berkahwin dengannya. Kalau berkahwin pun tidak lama sudah bercerai. Apa yang tidak kena? Apabila seseorang itu suka bersendirian, pendiam, tidak suka berjumpa dengan orang, fikirannya meracau, selalu juga pening, lesu dan tidak bermaya serta hilang semangat tanpa diketahui punca sebenarnya, ini dinamakan sihir membuat orang tidak suka.
Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang menghadapi pening kepala yang berterusan, sekalipun telah mengambil ubat tapi dada terasa sesak terutama selepas Asar hingga tengah malam. Dia melihat orang yang datang melamar sebagai bermuka hodoh. Fikirannya kerap melayang, apabila tidur selalu gelisah dan tidak nyenyak, perut juga selalu berasa sakit, demikian juga di bahagian bawah tulang punggung.
5. RASUKAN
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa ghaib hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa ghaib di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi SA.W. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.
6. SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan pesakit. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang terdahulu. Dan diturunkan kepada generasi kemudian tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga perbuatan sihir yang dilakukan oleh bomoh dengan perantaraan jin kafir atau syaitan boleh diatasi dan di ubati penyakit tersebut.
Cara-cara mengatasi gejala sihir adalah seperti berikut :
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.
Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Quran yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad S.A.W. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir in shaa Allah.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Di dalam kitab zikir al-Mathurat karangan al-Imam Syahid Hassan al-Banna ada dihimpunkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa sahih yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk membina kekuatan rohani dan menghalang daripada gangguan sihir.
Lindungilah diri kita juga dengan :-
1. Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W umpamanya Zikir Al-Mathurat.
2. Menyebut nama Allah S.W.T. dalam setiap pekerjaan.
3. Menyebut nama Allah S.W.T. setiap kali masuk ke dalam tempat yang gelap.
4. Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
5. Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
6. Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
7. Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
8. Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah S.W.T. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan ayat-ayat Allah (al-Quran) itu sebesar-besar penawar. Oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan akidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin-jin kafir dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin kafir yang tidak beramal dengan petunjuk Allah S.W.T.
Sahabat yang dikasihi,
Kita semua berhak melindungi diri daripada terkena sihir. Ibarat kita semua berhak memandu kereta juga berhak untuk mengelak dari sebarang malapetaka ataupun tragedi. Kita berhak untuk hidup di dunia ini justeru juga berhak menangkis dan menepis semua perbuatan ghaib yang jahat daripada menimpa diri kita semua. Beramallah dengan ajaran Islam dan sunah Rasulullah SAW dan jangan tinggalkan doa-doa perlindung daripada gangguan syaitan yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita semua.
Semoga menjadi panduan yang berguna untuk kalian semua.
Wassalam
Kisah Biawak (Dhab) Yang Beriman
*sekadar hiasan |
Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.
Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi, maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata, “Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat mengembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!”
Sayyidina Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata,”Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”
Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar r.a., “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”
Nabi kemudian berkata kepada Arab Badwi itu,”Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”
Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata, “Demi tuhan Latta dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkannya ke hadapan Nabi s.a.w.
Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir, “Ya wahai Nabi s.a.w.!”
Nabi bertanya,”Kepada siapakah engkau beriman?”
Jawab biawak itu,”Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu ‘Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan di lautan itulah jalan-Nya, di Syurga itu rahmat-Nya, dan di Neraka itu azab-Nya!”
Tanya Nabi lagi,”Aku ini siapa wahai biawak?”
Jawab si biawak, “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”
Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata, “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku.”
Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir :
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruh-Nya.”
Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, dan ia tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan dengan al-Qur’an.”
Jawabnya, “Kalau begitu ajarlah saya al-Qur’an itu, wahai Nabi.” Nabi pun mengajarkannya membaca surah al-Ikhlas.
Beliau berkata, “ Saya tak pernah mendengar kata-kata yang lebih hebat daripada ini!”
Nabi menambah, “Ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak, jika engkau membaca surah al-Ikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga dari al-Qur’an. Jika engkau membaca dua kali seumpama dua pertiga dari al-Qur’an dan jika engkau membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-Qur’an."
Jawab Arab itu, “Tuhan itu adalah Tuhan kami, Dia menerima dari kita sedikit tapi membalasnya dengan banyak!”
Nabi bertanya kepadanya,”Adakah kamu memiliki harta?” Jawab beliau, “Tiada seorang pun dalam Bani Sulaim yang lebih miskin dari saya.”
Nabi bersabda kepada para sahabat, “Berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!”
Para sahabat memberikannya bantuan hinggakan dia mendapat harta yang amat banyak terkumpul. Kemudian Abdul Rahman bin Auf r.a berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah!Saya memiliki seekor unta yang hamil 10 bulan, yang sederhana besarnya, saya perolehi dalam Perang Tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baru kita ini!”
Nabi s.a.w bersabda, “Engkau menceritakan tentang untamu yang engkau telah hadiahkan padanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmu yang diberikan Allah sebagai balasan di akhirat. Allah s.w.t. akan menganugerahimu di akhirat unta yang diperbuat dari permata hijau, tengkuknya dari permata kuning memiliki pelana yang hebat dan ia akan melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri kepadamu pada Hari Qiyamat."
Kata Abdul Rahman, “ Saya redha dengannya wahai Nabi.”
Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang kaumnya dari Bani Sulaim seramai seribu orang menaiki seribu unta dan membawa bersama mereka seribu pedang dan lembing.
Dia bertanya, “Ke manakah haluan kamu? " Mereka menjawab, “Kami ingin memerangi orang yang menghina tuhan kita! Kata Arab Badwi itu kepada kaumnya, “Jangan! Aku sendiri telah beriman dengannya!” Lalu semua kaumnya beriman pada Rasulullah.
*Dipetik daripada :http://abubasyer.blogspot.com/2009/11/kisah-biawak-dhab-yang-beriman.html
11 Apr 2014
Cara Amal Dan Cara Makan Minyak Zaitun
CARA MEMAKAN
MINYAK ZAITUN
1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali
(23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.

8 Apr 2014
14 Kemulian Muslimah Yang Sedang Hamil....
1. Apabila seorang
perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Apabila seorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.
3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.
4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.
5. Apabila semalaman si
ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah SWT.
6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
7. Wanita yang memberi
minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1
pahala pada tiap² titis susu yang diberikannya.
8. Wanita yang tidak
cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan
diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.
10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.
11. Wanita yang bersalin
akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.
12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
13. Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan
kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.
► Subhanallah...
► Betapa mulianya
"status" wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diridhai
oleh Allah SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di
sukai-Nya....
*sumber: http://detikislam.blogspot.com/2014/04/subhanallah-14-kemuliaan-wanita.html
7 Apr 2014
Amalan Yang dapat menyakiti iblis Laknatullah....
Rasulullah: " Apa yang kau raskan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
Iblis: "Aku merasa panas sejuk dan gementar. "
Rasulullah : "Kenapa? "
Iblis: " Sebab, setiap seorang hamba bersujud satu kali kepada Allah, Allah mengangkatnya satu darjat."
Rasulullah: " Jika seorang umatku berpuasa ? "
Iblis: " Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka. "
Rasulullah: " Jika ia berhaji?"
Iblis: " Aku seperti orang gila. "
Rasulullah: " Jika ia membaca Al- Qur'an? "
Iblis: "Aku merasa meleleh laksana timah di atas api. "
Rasulullah: " Jika ia bersedekah? "
Iblis: " Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji . "
Rasulullah: " Mengapa boleh begitu ? "
Iblis: " Sebab, dalam
sedekah ada empat keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya,
hidupnya disukai , sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya
dengan api neraka dan segala musibah akan terhalau dari dirinya. "
Raulullah : "Apa yang dapat mematahkan pinggangmu? "
Iblis: " Suara kuda perang di jalan Allah."
Rasulullah: " Apa yang dapat melelehkan tubuhmu? "
Iblis: " Taubat orang yang bertaubat. "
Rasulullah: " Apa yang dapat membakar hatimu? "
Iblis: " Istighfar di waktu siang dan malam."
Rasulullah: " Apa yang dapat mencoreng wajahmu ? "
Iblis: "Sedekah yang diam- diam."
Rasulullah: " Apa yang dapat menusuk matamu? "
Iblis: "Solat Fajar . "
Rasulullah: " Apa yang dapat memukul kepalamu?"
Iblis: "Solat berjemaah. "
Rasulullah: " Apa yang paling mengganggumu ? "
Iblis: " Majelis para Ulama . "
Rasulullah: " Bagaimana cara makanmu ? "
Iblis: " Dengan tangan kiri dan jariku . "
Rasulullah: " Di mana kau menaungi anak -anakmu di musim panas?"
Iblis: " Di bawah kuku manusia. "
Lalu Rasulullah bertanya: " Siapa temanmu wahai Iblis ? "
Iblis menjawab: " Pemakan riba."
Rasulullah: " Siapa sahabatmu? "
Iblis: " Pezina . "
Rasulullah: " Siapa teman tidurmu ? "
Iblis: " Pemabuk . "
Rasulullah: " Siapa tamumu ? "
Iblis: " Pencuri. "
Rasulullah: " Siapa utusanmu? "
Iblis: "Tukang sihir . "
Rasulullah: " Apa yang membuatmu gembira? "
Iblis: " Bersumpah dengan cerai. "
Rasulullah: " Siapa kekasihmu? "
Iblis: "Orang yang meninggalkan solat Jumaat."
Rasulullah: " Siapa yang paling membahagiakanmu? "
Iblis: " Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja. "
Diriwayatkan dari Ma'adz
bin Jabal ra bahwa Ibnu Abbas ra Dikutip dari Syajaratul Kaun , doktrin
tentang peribadi manusia pilihan , Muhammad SAW, yang ditulis oleh Asy
-Syaikh Al-Akbar Muhyidin Ibnu Arabi Abdullah Muhammad bin Ali bin
Muhammad bin Ahmad bin Ali Al- Hatimi At - Tha'i Al - Andalusia ) ,
Wallahu a'lam.
6 Apr 2014
MH370- SATU KONSPIRASI..??
SHAH ALAM – Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa
besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak
mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan
dan petunjuk negara tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.
“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.
“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.
“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.
Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini..

4 Apr 2014
2 Apr 2014
30 Mac 2014
24 Mac 2014
23 Mac 2014
15 Mac 2014
12 Mac 2014
11 Mac 2014
MH370....??
*APE2 PON DOAKAN KESELAMATAN MH370... |
(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga
mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke
Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia.
(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk
ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan
syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli
keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu
kelak.
(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah
ahli keluarga mangsa.
(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada
spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely
on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini,
tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa.
(5) Hampir
kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik.
(6) Gambar yang
ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam
takde pula.
(7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang
reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel
cakap tak boleh atas sebab keselamatan (security policy).
(8) Beberapa jam
selepas sidang media terakhir itu, The Guardian melaporkan 2 penumpang (warga
Austria dan Itali) sebenarnya tidak menaiki pesawat dan mereka telah kehilangan
passport di Thailand.
(9) Bukan ke sepatutnya kumpulan keselamatan di Malaysia
investigate rakaman cctv di KLIA terlebih awal, dan verify setiap penumpang
(list inspection) sewaktu menghubungi ahli keluarga (well boleh call embassies
juga untuk verify). Kenapa The Guardian yang dapat tahu dulu ye? Ke memang kita
tak buat security check yang teliti?
(10) Since rakyat dah tahu ada dua
penumpang pakai passport curi, sekarang takde pula update berita terbaru
tentang isu ni. Selalunya kalau emergency, sampai esok pun berita ada update
tak berhenti. At least keluarkan rakaman cctv dua suspek yang menggunakan
passport curi itu. Tak tahu la kalau KLIA takde cctv atau pasukan keselamatan
kita tidak cekap untuk investigate bab cctv ni. Footage rakaman cctv kapal
terbang berlepas pun tak boleh tunjuk? Hmmm entah.
(11) Sepanjang berita pasal
MH370 ni, kita banyak tengok footage media dalam bilik berita, sidang media dan
kat airport je. Korang tak perasan ke kalau kes bencana macam ni media akan
ikut pasukan keselamatan ambil footage atas helikopter ke, kapal laut ke, interview
ketua pasukan pencari dan penyelamat atas kapal ke, kat jeti ke.
(12) Dalam
salah satu sidang media juga panel ade jawab bahawa Malaysia mencari di
perairan Malaysia dan Vietnam mencari di perairan Vietnam, tapi kalau korang
tengok laut di selatan Ca Mao itu juga bersempadan dengan Thailand. Jadi
perairan Thailand Gulf siapa yang cari? Thailand tak umumkan pun nak join
aktiviti mencari.
(13) Awalnya angkatan tentera Vietnam bagi laporan pada media
kapal terhempas di laut selatan Ca Mao, tapi Malaysia nafikan dan panel sidang
media sendiri cakap authoriti Vietnam (means Kerajaan Vietnam) tidak
mengesahkan berita itu. Kerajaan Vietnam dengan Tentera Vietnam ni ade krisis
ke? Pelik kan.
(14) Kemudian pasukan tentera Vietnam cakap jumpa dua tompok
tumpahan minyak di laut selatan Ca Mao, tapi peliknya takde footage video
rakaman tumpahan minyak itu juga. Yang ada hanya gambar itupun bukan gambar
rasmi daripada media Vietnam. Dalam hal kecemasan begini selalunya media mesti
sibuk ikut pasukan keselamatan rakam video kerana merekalah mata rakyat agar
menjadi bukti betapa realnya bencana yang menimpa.
(15) Laporan berita akhir
tengah malam tadi, pastu sampai sekarang 4.50 pagi tiada update, well selalunya
kalau bencana macam ini bilik berita tidak akan berehat.
(16) Temuramah dengan
seorang pakar penerbangan (bekas juruterbang MAS) yang juga merupakan kawan
kepada juruterbang senior dalam pesawat yang terlibat nampak cool, begitu juga
seorang panel dalam sidang media petang semalam (siap makan gula-gula).
(17) Kita
duk dengar negara itu hantar kapal, negara ini hantar jet, tapi footage media
(video) kapal-kapal tu takde pon. Dan lebih pelik Thailand dan Brunei tidak
turut serta dalam usaha mencari pesawat. Singapore, Vietnam, US dan Filipina
yang lebih jauh join.
(18) Sampel tumpahan minyak di Vietnam dikatakan sedang
diuji, sampai sekarang takde news update. Hmm macam tak emergency.
(19) Cerita
di laut Vietnam belum habis tapi Malaysia dah umumkan usaha mencari diperluas
ke Selat Melaka. Wow. Thailand Gulf yang dekat dengan Selatan Ca Mao tu tak nak
carik ke?
(20) Go watch more news on airplane crashes worldwide then try to
compare. Our news mostly kat bilik berita, sidang media dan airport.
(21) Media
keep repeating (emphasizing) from late afternoon to night two things which are
mereka tidak dibernarkan masuk ke dalam bilik ahli keluarga menunggu dan jangan
percayakan spekulasi. I also wonder kenapa susah sangat nak dapat rakaman
interview ahli keluarga mangsa sedangkan ia dianggap risiko bencana.
(22) Ahli
keluarga co-pilot pun tak nak ditemuramah. Kenapa semua orang tutup mulut eh?
Selalu anak hilang dalam hutan beberapa jam mak ayah gerenti dah nangis-nangis
keluar media kan?
(23) You try la analyse all the news. The subjects, the
contents, the presentations, the faces on the news, etc.
(24) I just want to
share with you that all these questions are bewildering and they make
"sel-sel otak tidak dapat berhubung". Some can be relevant and some
can be not, and it depends how different our "sel-sel otak
berhubung".
(25) Don't get me wrong, I didn't say it is a conspiracy or
what not, I just wonder about all these weird news because I watched them all
and still waiting the updates because I do care like all of you do.
Wallahua'lam.
SUMBER : MR KOYA
LEBIH LANJUT??? : DI SINI
Langgan:
Catatan (Atom)